
Kementerian Dalam Negeri menuduh jurugambar terbabit mengumpul beberapa dokumen sulit, pelan dan gambar yang diberikan kepada pegawai agensi perisikan tentera Rusia.
Jurugambar peribadi Presiden Georgia, Irakli Gedenidze; Jurugambar Menteri Luar, Giorgi Abdaladze dan jurugambar Agensi MediaFoto Eropah (EPA), Zurab Kurtsikidze ditahan dalam satu serbuan malam Khamis lepas.