
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi besar-besaran menjelang Hari Raya Aidilfitri ini bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan terutama dalam pemakaian tali pinggang belakang kenderaan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, walaupun pelbagai kempen telah diadakan, masih ramai penumpang enggan menggunakan tali pinggang belakang.
