SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Jemputan Sahaja Boleh Datang Perkahwinan Nurul Syuhada

Jemputan Sahaja Boleh Datang Perkahwinan Nurul Syuhada

Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, akan mengadakan majlis pernikahannya dengan seorang pegawai bank , Raja Amir Raja Azwa,29, pada 23 Julai depan untuk tetamu
jemputan sahaja.
http://www.mstar.com.my/archives/2011/7/1/mstar_hiburan/nurul.jpg
Nurul Syuhada bersama kekasihnya, Raja Amir.

Sumber pihak TV3 yang dihubungi memberitahu majlis persandingan akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan pihak media terpilih.
Manakala, upacara pernikahan akan dijalankan seminggu lebih awal.
“Kad undangan sudah diedarkan tetapi majlis tersebut untuk ahli keluarga, kenalan rapat dan pihak media tertentu sahaja. Ia disebabkan tempat agak terhad," ujar sumber itu mStar Online, di sini, Khamis.
Dalam pada itu, majlis sebelah pihak perempuan dijangka akan berlangsung pada September atau Oktober depan di Rembau, Negeri Sembilan iaitu kampung halaman Nurul.
Sementara itu, Nurul Syuhada yang dihubungi untuk bercerita tentang majlis itu tidak dapat memberi komen lanjut kerana perkara itu perlu mendapat kebenaran daripada pihak TV3 terlebih dahulu.
Sebelum ini pengacara tersebut memberitahu telah mengenali bakal suaminya sejak dua tahun lalu dan rombongan merisik telah dilakukan pada Januari lepas.
Dia juga pernah dikaitkan dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama.


c.z : ekslusif betul wedding nih..


Jom Join
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir