ISLAM mengiktiraf harta intelek dan persendirian. Dengan itu menggunakan CD cetak rompak untuk melakukan kerja baik pulih komputer adalah salah daripada sudut hukum Islam dan juga undang-undang negara.
Setiap umat Islam hendaklah memastikan perniagaan yang dijalankan tidak terbabit dengan perkara haram termasuk perisian cetak rompak.
Anda dinasihatkan supaya membeli dan menggunakan perisian asli walaupun ia lebih mahal.
Ini dapat menjadikan rezeki itu bersih daripada perkara syubahat dan haram.