SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Hamburger terbesar dunia : Berani Ke Nak Makan???

Hamburger terbesar dunia : Berani Ke Nak Makan???


http://mynewshub.my/bm/files/2011/07/Hamburger-Terbesar-Dunia-565x329.jpgPara chef di Pesta Daerah Alameda memperkenalkan hamburger terbesar dunia yang boleh didapati secara komersial  dengan berat mencapai 777 paun (352kg).

Burger itu, dengan mudah mengatasi rekod terdahulu iaitu 590 paun (268kg) yang dimasak oleh chef barbeku Ted Reader di Toronto, Canada.
Burger terbaru itu dihasilkan oleh Brett Enright dari Juicy’s Outlaw Grill di Phoenix dan Nick Nicora dari sebuah syarikat tempatan Ovations Food Services.
Burger itu menggunakan hanya satu patti (kepingan) daging lembu yang sangat besar – yang mengambil masa 15 jam untuk dimasak, dengan masakan bermula pada 5 pagi dan ia siap pada pukul 8 malam.
Enright berkata ,beliau mendapat idea itu ketika berehat selama sebulan pada bulan Disember.
“Saya berfikir,’Saya rasa saya boleh membuat burger terbesar dunia,” katanya.
Bagi mereka yang ingin merasai burger terbesar dunia itu hanya perlu membayar 99c (RM3) untuk keistimewaannya, dengan kesemua hasil kutipan diberikan kepada Bank Makanan Masyarakat Daerah Alameda.
Pesta terkenal itu diadakan setiap tahun di Pleasanton, California.
Selain daripada hamburger terbesar dunia, tarikan lain termasuk pertandingan memasak dan persembahan daripada Blue Osyter Cult – yang terkenal dengan lagu (Don’t Fear) The Reaper.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir