Kalau gambar penembak ini bukan penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza, pastinya ianya menjadi pemandangan biasa mana-mana
askar sedang melakukan latihan menembak menggunakan senapang jenis Colt M16. Namun, bak kata beautifulnara, gambar ini menunjukkan aksi askar yang paling comel di dunia sedang melakukan latihan menembak yang menjadikan tumpuan umum yang hadir beralih daripada sasaran ketepatan tembakan kepada aksi dan gaya penembak itu sendiri.
“Nampak bergaya sungguh gaya pegangan M16 daripada Datuk Siti Nurhaliza. Gaya seorang sharpshotter. Ini kalau kena tembak nie confirm berderai kepala. Siapa rela jadi patung latihan untuk ditembak oleh Datuk Siti? Sila angkat tangan,
“Hari tue Abang Nara dah cakap Datuk Siti ialah askar yang paling comel di dunia tapi ramai yang tak percaya. Kalau lepas tengok gambar di atas korang taknak percaya gak, Abang Nara sarankan korang pergi buat checkup mata. Mana tau dah rabun,” kata blog itu.
Menurutnya lagi, dengar-dengar cerita Lisa Surihani juga menyertai Rejimen Askar Wataniah atau tentera simpanan.
Nantikan gambar Lisa yang mempunyai jutaan peminat ini memegang M16 pulak nanti,”
Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebahagian artis tempatan yang menyertai Askar Wataniah akan dibawa ke Lebanon bagi meninjau penugasan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sana seterusnya membekalkan semangat buat para wira negara tersebut.
Rombongan yang akan diketuainya pada akhir bulan depan itu merangkumi lawatan ke kawasan penugasan anggota Batalion Malaysia (Malbatt) di sektor selatan negara itu di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil), kata beliau.
“Rombongan (lawatan) akan pergi akhir Ogos dan harap perkara ini akan menarik minat ramai anak seni serta lain-lain warga Malaysia terutama masyarakat Cina dan India untuk sama-sama menyertai Askar Wataniah,” katanya.