SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Curi Petai Je dan Kena Penjara 4 Bulan

Curi Petai Je dan Kena Penjara 4 Bulan

Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara 4 bulan terhadap seorang wanita Indonesia selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai barang  yang bernilai RM136.56, dua minggu lepas.
Selain itu, Siti Salina, 44 juga mengaku bersalah kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
http://mynewshub.my/bm/files/2011/06/Wanita-Indon-Dipenjara-4-Bulan-Curi-Petai.jpg
Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Majistret Siti Shakirah Mohtarudin setelah tertuduh mengaku mencuri dua ikat petai, dua paket buah epal Fuji,  dua paket milo seberat dua kilogram dan dua  potong daging sukiyaki.
Dia juga mencuri satu paket buah paktam pir South Africa dan satu paket Australian Red Globe di pusat membeli belah Jaya Jusco, Mid Valley di  sini lebih kurang 1.45 petang, 16 Jun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Abu Hassan  Ramli mengemukakan pertuduhan mengikut  Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang  memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut  Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63  (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah  Seksyen 6(3) akta sama yang boleh didenda  maksimum RM10,000 atau penjara sehingga  lima tahun atau kedua-duanya dan sebatan tidak  lebih enam kali, jika sabit kesalahan.

c.z : terdesak sangat ke sampai kena curi petai?????kan da terima padahnya....penjara..tak berbaloi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir