SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Bunuh Kawan Sebab Tak Nak Tutup Lampu: Warga Vietnam

Bunuh Kawan Sebab Tak Nak Tutup Lampu: Warga Vietnam

 Kadang-kadang cam tak logik bila disebabkan benda kecik pun nak berbunuh...kali ni kisah bila kawan tak nak padam lampu..sekali kawan lagi sorang bengang dan tikam kawan2 die..ha..sudah...mati tak pasal-pasal jer....meh baca lagi...
Dua lelaki warga Vietnam maut manakala seorang lagi cedera setelah terlibat dalam pergaduhan di penempatan mereka di kawasan rumah kedai Jalan Orkid, Bukit Sentosa, Kuala Kubu Baharu awal pagi Rabu gara-gara tidak berpuashati dengan tindakan rakan sebilik yang enggan memadam lampu.
Dua Lelaki Vietnam Maut Selapas BergaduhInsiden kira-kira 12.30 tengah malam tadi berlaku ketika empat rakan sebilik dikatakan mahu tidur di mana seorang daripada mereka berang kerana lampu bilik enggan dipadamkan lalu berlaku pergaduhan.
Ketua Polis Daerah Kuala Kubu Baharu Supt Norel Azmi Yahya berkata dalam pergaduhan itu, suspek yang berumur 28 tahun menikam tiga rakannya di mana dua daripadanya mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah.
Mangsa yang berumur 36 tahun mati akibat tikaman di bahagian perut manakala mangsa berumur 25 tahun mati akibat ditikam sebanyak tiga kali di dada selain terdapat kesan luka di tapak tangan kirinya.
Menurut Norel dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini, dua mangsa yang maut, merupakan pekerja di sebuah kilang tin makanan di Bukit Sentosa an mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Selayang.
Norel berkata berkata suspek melarikan diri selepas insiden pergaduhan itu namun berjaya ditahan polis.
“Pisau yang digunakan untuk menikam mangsa turut ditunjukkan oleh suspek yang berada kira-kira dua Km dari tempat kejadian,” katanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir