Beberapa jenama lain juga dijangka akan mengalami perubahan yang serupa, namun tiada perubahan akan diperkenalkan pada YouTube buat masa ini. Dengan penjenamaan semula ini juga, Google bakal mengintegrasikan kedua-dua perkhidmatan ini dengan lebih mendalam pada rangkaian sosial mereka, Google+.
Ianya dilaporkan yang mana perubahan daripada Picasa dan Blogger kepada Google Photos dan Google Blogs akan berlaku dalam masa kurang dua bulan lagi. Pada masa yang sama juga, mungkin kita akan dapat melihat pelancaran rasmi Google+ kepada semua pengguna dalam tempoh tersebut.
Sebelum ini, perkhidmatan Blogger telah menerima pelbagai kemaskini, dan pada masa yang sama, Google dalam proses untuk memperkenalkan pelbagai perkara baru, termasuk rekabentuk dashboard yang baru padanya. Mungkin dengan penjenamaan semula bersama-sama dengan Google Blogs ini, perkara tersebut akan diperkenalkan sekali.
Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkaitan dengan perkara ini dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikannya.