SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Berhati-Hati Wahai Warga Emas

Berhati-Hati Wahai Warga Emas


Seorang wanita warga emas mati manakala anak perempuannya cedera parah disyaki ditikam oleh seorang lelaki di rumah mereka di Kampung Baru Air Salak dekat sini, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom
Raja Abdullah berkata Ah Ngo, 75, yang cedera parah di badan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Melaka pada 12.10 malam.
Anak mangsa, Lim Moi Tian, 33, yang juga cedera parah di badan dihantar ke hospital sama untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Raja Shahrom berkata dalam kejadian 11.40 malam itu, suspek berusia 33 tahun dipercayai kenalan kepada Lim, datang ke rumah tersebut yang kemudiannya berlaku pertengkaran sehingga kedua-dua mangsa ditikam dengan senjata tajam.
Beliau berkata suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pagi tadi dan dia akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.
c.z : haih...warga emas pun nak dibunuh..memang xde perikemanusiaan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir