SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Bakat TV...Sama Seperti AF???

Bakat TV...Sama Seperti AF???

Pencarian bakat Tv telah sampai kepenghujung dimana 8 finalis telah terpilih.

“Pertandingan ini tidak memfokuskan terhadap sesuatu bidang seni sahaja, sebaliknya ia membabitkan apa juga cabang seni persembahan pentas. Hinggakan mereka yang berbakat dalam bidang silap mata juga boleh bersaing dalam pertandingan ini.
“Daripada segi pemarkahan juga ia unik kerana 10 markah yang disediakan untuk para peserta berdasarkan kekuatan bunyi tepukan penonton di studio. Selain itu, 80 peratus markah lagi daripada para juri profesional dan 10 peratus pula melalui khidmat pesanan ringkas penonton.
“Itu adalah antara kepelbagaian pertandingan ini yang membezakannya dengan pertandingan mencungkil bakat-bakat baru yang lain,”

juara Bakat TV akan menerima hadiah wang tunai RM20,000, naib juara mendapat wang tunai RM15,000, tempat ketiga RM10,000, pemenang anugerah Bintang Paling Popular akan menerima RM10,000 manakala pemenang saguhati pula akan mendapat RM5,000.

c.z: kepada semua finalis selamat berjuang....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir