Yeker Si Adira ni "lelaki"..aduh muka lawa sekali "lelaki" jadi cam kes Megan Fox pulak.Takut-takut...Meh baca nih..kalau nak tau dia ni "lelaki" atau sebaliknya..
Sebalik kelembutan wajah dan penampilan yang disajikan itu, dia mengakui dirinya seorang yang lasak seperti lelaki pada satu ketika dulu.
"Saya adalah anak bongsu dan hanya ada seorang kakak manakala selebihnya adalah enam abang. Saya pula lebih rapat dan banyak menghabiskan banyak dengan abang-abang.
"Sejak kecil saya sudah terdedah dengan aktiviti lasak dan kasar. Pelbagai aktiviti lasak yang saya lakukan seperti pernah bergaduh, menangkap ikan, panjat pokok dan macam-macam lagi kerana mengikutkan abang-abang saya.
"Sebab itu, perwatakan dan cara saya berfikir lebih cenderung seperti seorang lelaki," katanya.
Jelasnya lagi, jika orang melihat pada luaran, ciri-ciri kelelakian itu memang tidak ketara tetapi apabila dia mula dikenali dan diajak berbual, warna sebenarnya akan menjelma.
"Kalau orang tidak kenal mereka tidak akan nampak tetapi bagi yang rapat dan mengenali saya, mereka akan dapat melihat ciri-ciri kasar dalam diri saya.
"Terus-terang, sehingga hari ini saya sebenarnya lebih selesa bergaul dengan lelaki. Saya mempunyai lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan kerana sikap mereka yang ringkas, terbuka dan tidak rumit," katanya.