SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » 7 Perbezaan antara Blogger dengan orang yang tak berblog

7 Perbezaan antara Blogger dengan orang yang tak berblog



Pernahkah korang rasa yang korang tak sama macam orang lain ? Maybe tak terasa kalau kawan – kawan seorang blogger macam korang , tapi kalau kawan anda bukan jenis blogger . Kali ni aku dah tahu kenapa blogger berlainan dari insan biasa .
1. Komputer / Laptop berada di sisi
Boleh dikatakan setiap blogger mesti ada laptop atau komputer di sisi dan akan berasa risau kalau tak dekat dengan komputer . Rasa macam tak senang duduk . Aku juga rasa macam ini .
2. Waktu tidur yang berbeza
Untuk blogger yang betul – betul kental selalunya tak tidur dan sangat prihatin dengan masa , setiap saat dirasakan membazir kerana bagi blogger masa itu emas . Sama macam aku , aku rasa pagi macam rugi dengan hanya tidur . Tapi bila buat macam ini tengoklah akibatnya esok , orang tidur malam kita tidur siang .
3. Otak tak pernah berhenti memikirkan idea baru
Untuk blogger yang mahu mencari idea untuk entri baru untuk blog , semestinya di mana dia berada sama ada waktu makan , dalam toilet mesti giat memikirkan dan bekerja keras untuk mendapatkan idea yang terbaru .

4. Tidur dalam kelas
Untuk blogger yang masih bersekolah atau berada di IPT kemungkinan senang mengantuk dalam kelas . Cara senang nak hilangkan mengantuk ialah menyuruh kawan menampar muka kita atau basuh muka serta minum air .
5. Kita untung
Blogger sangat istimewa kerana setiap kita kali menulis , kita dapat $$$ . Oklah dari main game online , membuang masa lepastu tambah dengan beli molpoint lagi (setengah game je) . Bukan setakat tu , kalau kalah nanti mencarut dan gaduh . Last – last dapat dosa je .
6. Berani kat blog , tapi kat luar penakut
Bukan semua orang macam ni dan tentu bukan aku . Tapi kadang – kadang kita boleh tengok setengah blogger hanya hebat di blognya tetapi bila face 2 face , alahai tak sama macam dia tulisd alam blog .
7. Suka berkongsi
Blogger sememanya suka berkongsi . Setelah ada blogger , kita boleh tau macam – macam benda yang terjadi / berlaku dan isu – isu semasa . Kesimpulannya blogger – blogger ni seorang yang tak kedekut nak berkongsi dengan orang lain tanpa meminta bayaran .
Sebenarnya aku ada lagi banyak nak diletakkan kat sini , tetapi memang aku malas nak cari gambar dan menulis . Sekian …. assalamualaikum .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir