SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » 300 ribu jurutera tahun 2020..Anda Seorang daripadanya???

300 ribu jurutera tahun 2020..Anda Seorang daripadanya???

Malaysia mensasarkan untuk melahirkan seramai 300,000 jurutera menjelang tahun 2020 bagi mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju.
http://mynewshub.my/bm/files/2011/06/Sasar-300000-Jurutera-Menjelang-2020.jpg 
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sasaran itu sejajar dengan tahap negara maju iaitu seorang jurutera bagi setiap 100 penduduk.
“Pada masa ini bilangan jurutera sekitar 140,000 orang atau nisbah seorang jurutera bagi 192 penduduk,” katanya pada satu majlis pelancaran buku di Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, terdapat 15 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan 16 Institusi Pengajian Tinggi Swasta menawarkan sejumlah 378 program dan bidang kejuruteraan pada waktu ini.
Menurutnya, untuk mencapai sasaran tersebut bidang kejuruteraan perlu dipantau dan diperkukuhkan dan ia boleh dilakukan menerusi Hala Tuju Pengajian Kejuruteraan Fasa Dua.
Jelasnya, perkara itu termasuk mewujudkan beberapa skim seperti Felo Kanan bertaraf Prof Madya dan Felo Utama bertaraf profesor.
Selain itu, katanya, langkah melantik tenaga profesional yang mempunyai pengalaman juga dapat menyokong sasaran tersebut.
Tambahnya, unjuran yang tetap setiap tahun untuk geran penyelidikan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi antara tahun 2006 hingga 2011 yang keseluruhan berjumlah RM108.9 juta juga memainkan peranan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir