SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Tempat Bunuh Diri Terbaik Di Dunia

Tempat Bunuh Diri Terbaik Di Dunia


Jambatan Golden Gate yang menjadi identiti dan tarikan bandaraya San Francisco dikatakan antara jambatan yang tercantik di dunia.

Keunikan jambatan berkenaan adalah tiang menara berwarna merah yang tersergam indah, kabel yang disusun dengan gaya tersendiri serta latarbelakang laut biru selat Golden Gate yang menghubungkan San Francisco dengan Lautan Pasifik.
Jambatan tersebut menghubungkan bandaraya
San Francisco dan daerah Marin di California, Amerika Syarikat (AS).
Di waktu malam, lampu-lampu yang menghiasi jambatan berkenaan menjadikan jambatan tersebut begitu indah dan menarik dari jauh.
Berhampiran jambatan tersebut terdapat dua lokasi untuk pelancong menghayati keindahan jambatan tersebut.
Di sebelah San Francisco lokasi hentian untuk pelancong dipanggil South Vista sementara di sebelah daerah Marin hentian pelancong untuk bergambar dipanggil North Vista.
Di kedua-kedua hentian terdapat kedai menjual cenderamata dan kafe untuk pelancong minum sambil menikmati panorama Golden Gate.
Jambatan berkenaan mula dibina pada tahun 1933 dan siap pada 1937.
Panjang jambatan tersebut adalah lebih 2.7 kilometer dengan enam lorong untuk kenderaaan bergerak di kedua-dua hala.
Jambatan Golden Gate biasanya sibuk ketika musim panas.
Sejak dulu lagi jambatan indah berkenaan sering ditonjolkan dalam filem-filem Hollywood dan program televisyen terbitan AS.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Biro Pelancongan San Francisco, lebih 10 juta pelancong dari seluruh dunia dikatakan melawat jambatan berkenaan setiap tahun.
Namun, benarkah semua pelancong datang ke San Francisco semata-mata untuk melihat Jambatan Golden Gate?
Atau mungkinkah ada perkara lain yang mereka ingin lakukan di jambatan tersebut. 
Difahamkan beribu-ribu orang bunuh diri dengan terjun dari Jambatan Golden Gate dan ia merupakan lokasi bunuh diri yang utama di AS dan dunia. 
Maklumat berhubung Jambatan Golden Gate menyebut dengan ketinggian 75 meter dari aras laut seseorang yang terjun dari jambatan berkenaan akan masuk ke dalam air dalam masa empat saat pada kelajuan 138 kilometer sejam.
Keadaan tersebut boleh menyebabkan kematian.
Jika penerjun itu terselamat daripada impak berkenaan sekalipun mereka biasanya akan mati kerana lemas atau air laut yang sejuk yang kadangkala boleh mencecah 8 darjah Celsius.
Sehingga hari ini tidak ada angka tepat mengenai jumlah sebenar mereka yang bunuh diri di Jambatan Golden Gate.
Namun angkanya dipercayai sudah mencecah ribuan orang.
Masyarakat dari luar San Francisco dan California serta mereka dari luar AS sanggup pergi ke jambatan berkenaan untuk terjun dari situ.
Mereka biasanya mengambil bas atau teksi ke jambatan tersebut.
Polis sering menemui kereta sewa yang ditinggalkan berhampiran jambatan. 
Arus kuat di bawah Jambatan Golden Gate menyebabkan mayat sesetengah dari mangsa bunuh diri hanyut tanpa sebarang kesan.
Seorang warga San Francisco memberitahu penulis, sejak angka mereka yang bunuh diri mencecah lebih 1,000 media sudah tidak lagi melaporkan kes bunuh diri di Jambatan Golden Gate. 
Laporan media San Francisco menyebut bulan lalu polis berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan 16 tahun yang cuba membunuh diri.
Gadis itu diselamatkan seorang yang tidak dikenali dan berada di dalam air selama 20 minit sebelum diselamatkan pengawal pantai. 
Sebelum itu seorang remaja lelaki berusia 17 tahun terjun dari jambatan berkenaan.
Namun dia diselamatkan oleh seorang peluncur air yang membantu beliau berenang ke pantai. 
Kebelakangan ini ramai remaja cuba membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Golden Gate.
c.z : tempat bunuh diri no. 1 memang tak boleh blah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir