SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Si Yusuf Yang Suka Mengkerintingkan Rambut

Si Yusuf Yang Suka Mengkerintingkan Rambut


Satu sindiket curi kereta mewah `Yusuf Kerinting’ yang bergiat aktif  di beberapa negeri berjaya dilumpuhkan selepas polis menahan lima lelaki  dalam serbuan di tiga kawasan berasingan, baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner
K. Manoharan memberitahu, kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 51 tahun itu dipercayai ahli kumpulan penjenayah curi berkenaan.
Kata beliau, mereka ditahan dalam  serbuan di sini, Hulu Terengganu dan Kuala  Terengganu dalam operasi yang dijalankan sejak  27 Mei lalu sehingga hari ini.
Kesemua suspek direman selama dua minggu  untuk disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun  Keseksaan kerana mencuri kenderaan.
Dalam serbuan itu, kata beliau, polis merampas 10 buah kenderaan curi yang dianggarkan bernilai RM800,000  antaranya jenis  Toyota Harrier, Toyota Camry, Toyota Caldina, Toyota Wish, Mitsubishi Triton  dan Mitsubishi Storm.
Menurut beliau, nombor casis pada empat buah kenderaan terbabit telah dikikis.
“Dan apabila dihantar ke  Jabatan Kimia untuk semakan rekod mendapati ia  merupakan kereta yang didaftarkan di Kulai,  Johor; Besut, Terengganu dan Wangsa Maju,  Kuala Lumpur.
“Sebuah lagi kenderaan jenis Mitsubishi Storm  masih dalam semakan kerana nombor casisnya  sukar untuk dikenal pasti namun kita percaya ia  juga merupakan kereta curi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu  Pejabat Polis Daerah Marang di sini.
Manoharan memberitahu, enam buah  kenderaan lagi yang dirampas merupakan  kenderaan yang tidak dijelaskan ansuran atau ditarik oleh penarik kereta.
“Suspek utama sindiket ini yang  dikesan beroperasi sejak 2009 dikenal pasti  dikenali `Yusuf Kerinting’ dan telah meninggal  dunia pada Disember tahun lepas,” jelasnya.
Sehubungan itu, katanya, polis sedang meneruskan siasatan untuk  memburu saki baki ahli sindiket itu melalui Ops  Rejang Mewah di negeri ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir