SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Sebiji RM100. Ada Beran Tak Nak Makan???

Sebiji RM100. Ada Beran Tak Nak Makan???

Buah durian sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum.


Namun, dengan harga ia dijual kini, kemungkinan cerah raja buah itu bakal menjadi hidangan golongan elit sahaja dan sebahagian besar rakyat tempatan tidak akan mampu merasainya.
Dengan kadar harga semasa apabila sebijik durian umumnya berharga lebih RM20 sebiji, jangan terperanjat jika suatu hari nanti, durian ditanam di Malaysia tetapi yang tahu
rasa dan nikmatnya adalah penduduk di negara China dan Singapura, yakni destinasi di mana hampir semua buah durian kita dijual.


Rakyat tempatan hanya akan bercerita yang dahulu mereka biasa makan durian yang ditanam di belakang rumah orang tua mereka di kampung.


Mana Perginya Durian Kampung Kita Yang Murah?


Durian kampung yang bukan sahaja murah, sedap dan senang diperoleh suatu masa dahulu semakin diganti dengan klon-klon gred tinggi.


Sungguh sukar untuk mencari durian-durian kampung yang biasa dan murah harganya terutama di kawasan Kuala Lumpur.


Memang nyata kini semua pemilik dusun durian lebih berminat dengan durian jenis mewah yang lebih sesuai untuk dijual di luar negara kerana harganya lebih menguntungkan.


Durian kampung melalui satu bentuk proses kepupusan secara perlahan. Walaupun ia masih dijual, tetapi sangat terhad.


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sendiri mengakui durian-durian kampung yang biasa kita makan dahulu semakin banyak ditebang pokoknya dan diganti dengan durian gred tinggi seperti Musang King dan D24.


Nampaknya kuasa komersial dan keinginan untuk mendapatkan keuntunggan menjadikan masyarakat tempatan sendiri semakin merasakan sukar untuk menikmati buah kegemaran mereka.


Bayangkan, FAMA memberitahu bahawa ada buah durian daripada jenis tertentu yang dijual pada harga RM100 sebiji kini.


Sebenarnya, apa yang nyata ialah FAMA juga memperlihatkan minat mendalaman untuk hanya mengeksport durian ketika ini.


Namun jangan lupa, kami rakyat biasa ini pun teringin jugak nak makan durian puas-puas macam dulu…bila sebiji durian dijual beberapa ringgit sahaja.


c.z : cam tak berbaloi je nak makan sebiji rm 100...dan tak sanggup, better buat benda lain dengan rm 100


jom sertai ramai2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir