Mari kita semua selaku pengguna share berita atau mesej ini kepada seramai mungkin rakan kita di Facebook (FB) kerana ada mesej yang kita selaku pengguna mahu sampaikan dan kongsi dengan rakan-rakan.
Kita mahu semua orang, tidak kira di mana tahu bahawa kita tidak senang dengan tindakan Astro yang mahu menaikkan harga pakejnya
bermula 11 Julai depan.Astro jangan memekakkan telinga
Daripada komen-komen yang kami terima, ramai yang kesal kerana Astro berulang kali menyiarkan program yang sama. Bayar untuk apa kalau kena tonton benda yang sama setiap hari.
Penulis pun tidak nafikan, rancangan Astro berulang berpuluh kali, kalau dikira mungkin beratus kali. Kot beribu kali pun mungkin juga. Jangan terperanjat kalau-kalau ada program yang mungkin diulang tayang berjuta kali. Kena periksa berapa kali Astro ulang tayang programnya dalam setahun.
Ramai yang kesal kerana Astro hilang siaran ketika hujan. Tidak ada sesiapa pun tahu sama ada pengguna berhak mendapat pampasan atau tidak untuk masalah kehilangan perkhidmatan ini.
Yuran penyambungan semula adalah amat tinggi.
Pengguna sudah bayar yuran langganan, ada pula iklan yang perlu dilayan.
Pengguna tidak mahu monopoli. Muak dengan monopoli Astro.
Ada yang mencadangkan RTM juga diberikan hak untuk membuat siaran televisyen berbayar. Boleh pakai idea itu sebenarnya.
Apa pun, berita ini akan kami simpan di laman web kami sehingga 10 Julai….dan andai kata pada 11 Julai harga tetap naik, tidak tahulah apa boleh kita buat.
Potong penyambungan mungkin pilihan yang ada.
Namun apa pun, yang penting kita semua ada mencuba untuk melakukan sesuatu, tak besar….cara yang kecil dan mudah….share mesej ini…janji kita ada buat, bukan setakat komen atau marah kat belakang aje.