Dakwa beliau, perkara itu berlaku kerana ramai graduan politeknik
gagal untuk mendaftarkan produk hasil reka cipta mereka sebagai harta intelek menyebabkan ia hilang begitu sahaja.Justeru, kata beliau, graduan politeknik disaran mendaftarkan produk hasil reka cipta mereka sebagai harta intelek bagi mengelak produk mereka diciplak pihak tidak bertanggungjawab.
“Kami akan mengajar graduan yang menghasilkan produk inovasi untuk melindungi produk mereka dengan mendaftarkannya sebagai harta intelek,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Seminar Pengkomersilan Produk Inovasi Politeknik Merlimau Melaka di sini hari ini.
Dalam pada itu, kata Mohd. Hatta, pendaftaran harta intelek bukan hanya bertujuan mengelakkan produk diciplak, tetapi ia juga bertujuan graduan menceburi bidang komersialan berdasarkan potensi yang ada.
Selain itu, katanya, Jabatan Pengajian Politeknik (Bahagian Perhubungan Industri dan Publisiti) merancang untuk mengadakan kerjasama dengan pihak industri dalam mengkomersilkan produk rekacipta graduan politeknik.
c.z : baguslah daftar produk ciptaan..elakkan copycat..