Insiden itu menjadi contoh dalam kempen kerajaan untuk memerangi ketagihan internet yang melanda jutaan rakyat
China, menurut penyelidik.
Lelaki yang tidak dikenali itu jatuh dan koma sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan kafe yang terletak di pinggir ibu negara itu. Beliau kemudian meninggal dunia, lapor Beijing Times.
“Beliau membelanjakan lebih 10,000 yuan (RM4,629) sejak beberapa bulan lalu untuk bermain permainan komputer dan tidak meninggalkan komputernya selama tiga hari,” kata laporan berkenaan.
“Polis juga merampas beberapa komputer sebagai sebahagian penyiasatan tetapi menolak kaitan pembunuhan dan sehingga kini tidak menahan pemilik kafe internet yang hanya memiliki enam terminal komputer itu,” tambahnya.