Daniel Craig:kahwin senyap2 sudah. Rachael : lagi best..kalau orang tau bising je |
Pasangan tersebut mengadakan perkahwinan secara
rahsia di rumah rakan mereka di New York, Rabu lalu.Upacara tersebut hanya dihadiri oleh anak masing-masing, dua rakan dan keluarga sebagai saksi.
Anak perempuan Daniel yang berusia 18 tahun, Ella, turut hadir bersama-sama dengan anak lelaki Racheal yang berusia empat tahun, Henry.
Bintang Casino Royale, Daniel, 43, mula bercinta dengan Rachel, 40, tahun lalu setelah mereka sama-sama membintangi filem thriller, Dream House.
Daniel berpisah dengan temannya, Satsuki Mitchell awal tahun lalu.
Racheal pula berpisah dengan bapa kepada Henry, pengarah Darren Aronofsky juga pada tahun lalu.
Pasangan ini merahsiakan hubungan mereka.
Namun, ia terbongkar apabila mereka dilihat bersama-sama menyambut Krismas.
Sementara pada bulan Mei, mereka dikatakan berdua di Paris.
Seorang rakan karib pasangan itu berkata,”Mereka tidak sabar untuk berkahwin – tetapi mereka tidak mahu sebarang perkara yang keramaian.”
Jom sertai: