SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , » Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan !

Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan !


Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan
yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.
Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.
” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.
” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.
” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.
Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.
Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.
” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.
” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3,  akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.
Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.
Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.
” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya
c.z : teruskan memboikot astro sebagai tanda memprotes tindakan mereka yang ingin naikkan harga.

5 baca dan rajin ulas :

msredcheesecake said... Balas Komen

Chegu zubir,
Msred tak pakai astro...padan muka astro hahaa

ani said... Balas Komen

as salam...jgn kata x bayar 3 bulan 2 bulan tak bayar kompom kena potong..bila bayar awal tak ada la pula....tambah channel free

Amalina said... Balas Komen

SETUJU!

Norasiah Nasir said... Balas Komen

betul..saya boikot selama-lamaya..sbb mmg saya xde de n x pernah pasang ASTRO...best kan..boikot terus..

Ray Garcia said... Balas Komen

Aku rasa Astro ni terlalu selesa kat Malaysia ni, sebab dia tahu dia lah satu2nya syarikat satellite tv kat negara ni. So, diorang tahu, kalau diorang buat pape pun, orang mmg have no choice n terpaksa guna jugak perkhidmatan diaorang.
Cubelah tengok negara2 luar yang ada banyak syarikat satellite tv mcm kat Thailand. Semua perkhidmatan diorang memang terbaik, dengan harga yang berpatutan. Sampai orang kat kampung pun ada satellite tv. Kalau lalu kat jalan kat Thailand tu, rumah buruk pun nampak ade satellite tv. Aku pun pernah guna satellite tv diorang, mase hujan still boleh tengok, clear pulak tuh.
Tapi kat Malaysia ni, disebabkan hanya Astro saje yang ada, jadi perkhidmatan dia kurang memuaskan, harga pun ikut suka hati dia je. Sebab dia tahu, dia takkan tergugat.
Tu juz pendapat aku lar.. dari pemerhatian aku... sorilah kepada sesiapa yang mungkin tersinggung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir