Hizyaty Othman, 28, dari Taman Berjaya, Jalan Pegawai di sini, kini terpaksa melupakan impiannya untuk berkhidmat di JBPM kerana sudah serik untuk menjalani semula latihan di kem tersebut.
Selain Hizyaty, seramai 18 lagi pelatih wanita yang dibotakkan kepala pada hari mereka mendaftar pada petang 2 Mei lepas.
Menurutnya, dia dan 18 pelatih wanita lain terkejut apabila rambut mereka dipotong sehingga botak tanpa diberi sebarang penjelasan mengenai tindakan itu.
“Saya terkejut apabila melihat seorang pelatih keluar dengan kepala botak dan ketika itu saya hanya berserah kerana fikir mahu teruskan latihan di kem itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Berjaya di sini semalam.
Hizyaty memberitahu, dia hanya berdiam diri ketika rambutnya dipotong dalam masa kira-kira lima minit kerana menganggap ia satu prosedur biasa sebagai pelatih di situ.
c.z : memang sengal la..ada pulak prosedur cmtu...kerajaan must pantau benda2 cmni cz melibatkan perkhidmatan awam...