SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Astro Tak Faham Beban Rakyat

Astro Tak Faham Beban Rakyat

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyifatkan kenaikan caj Astro bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.
http://mynewshub.my/bm/files/2011/06/Datuk-Seri-Ismail-Sabri-Yaakob11.jpg 
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sendiri terpaksa menampung beban kenaikan kos dengan memberi subsidi dan tidak ada sebab mengapa Astro tidak boleh berbuat demikian.
“ Astro bukan bawah kementerian saya tapi saya bercakap dalam hal menjaga kepentingan pengguna, kita dah panggil dan mereka (Astro) ada datang jumpa saya membuat penjelasan,
“ Kata Astro mereka ada banyak pakej, ada yang murah, ada yang naik dan yang turun pun ada tapi mungkin ia tidak disebarkan, sebab itu rakyat tak tahu.
“ Saya beritahu yang rakyat kecewa…mungkin ada masalah komunikasi di sini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Bulan Pengguna Kebangsaan 2011 di Plaza Sentral di sini hari ini
Kempen pemboikotan Astro bermula apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.
Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Mengulas mengenai tindakan kementerian di atas kedegilan Astro, Ismail Sabri berkata, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia bukan di bawah kementerian beliau.
“ Astro ni monopoli, kalau di bawah Akta Persaingan, kementerian saya sebenarnya boleh ambil tindakan atas syarikat yang salahguna kuasa monopoli ini
“ Tapi Astro tidak tertakhluk di bawah akta tersebut kerana mereka di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), jadi (kementerian) saya tak boleh ambil tindakan,” tegasnya.
Bagaimanapun, menurut Ismail Sabri, beliau percaya Rais sedang menangani masalah kenaikan caj oleh pihak Astro ini.
Beliau  pada masa yang sama turut mengharapkan Astro turut bersama-sama kerajaan untuk berusaha mengurangkan beban kepada pengguna di negara ini.
Katanya, kementeriannya sudah melancarkan berbagai kempen seperti  Kedai Runcit 1Malaysia, kempen makan murah, sarapan murah dan berbagai lagi dan apa yang Astro buat ternyata berlawanan dengan hasrat dan inspirasi kerajaan secara keseluruhannya.


c.z : senang je..boikot je Astro...tengok dia keras kepala jugak tak...

jom join

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir