SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Perempuan Simpanan Arnold Schwarzengger Tonjol Diri

Perempuan Simpanan Arnold Schwarzengger Tonjol Diri

Keretakan rumah tangga pelakon Arnold Schwarzengger dengan isterinya, Maria Shriver ternyata mengejutkan ramai pihak.
Lebih mengejutkan apabila seorang wanita bernama Gigi Goyette, 52, muncul dan mengaku dirinya merupakah salah seorang daripada perempuan simpanan Arnold.
Bagaimanapun, aktor berusia 63 tahun itu menyangkal tuduhan tersebut.
Gigi berkata, bukan dia sahaja yang Arnold miliki, bahkan seramai 13 wanita sudah pun mengaku bahawa mereka pernah berfoya-foya dengan aktor itu.
Arnold dan Gigi Goyette. Foto dailymail.co.uk
"Saya bertemu dengan Arnold ketika berusia 16 tahun dan waktu itu saya merupakan seorang aktres muda yang berlakon dalam drama Little House On The Prairie.
"Kami juga pernah tidur bersama pada tahun yang sama kami bertemu. Bagaimanapun, kami tidak berjumpa selepas itu sehinggalah pada tahun 1989 saya dan dia mempunyai hubungan sulit selepas tiga tahun perkahwinannya dengan Maria," kata sumber kepada dailymail.co.uk.
Kata Gigi, dia yakin, dia bukanlah punca penceraian Arnold dan Maria.
"Maria seorang wanita ynag sangat baik. rasanya seorang wanita yang baik lebih suka mengabaikan apa yang telah berlaku terhadap suaminya demi keluarga," ujar Gigi.

psst: Jangan amalkan apa yang dibuat selebriti ni...tak elok...setia pada yang satu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir