SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » » Ramai Betul Orang...

Ramai Betul Orang...

Assalam. Alhamdulillah kenyang betul makan nasi ayam + nasi lemak + keropok lekor + karot susu...sedap giler semua makanan tu.. dah sebab siang tadi tak makan sajelah nak simpan nak pergi pasar malam dekat Presint 2, Putrajaya. Sebelum ni. dah nak pergi. tapi asal nak pergi ada je halangan, sekejap kawan tak nak pergi, sekejap hujan. mesti ada je halangan. tadi c.z bertekad nak pergi jugak . selepas selesai solat maghrib siap-siap semua. terus pergi sorang-sorang...hahahhaha

ramai betul orang kat sana. kedai pun banyak mau pening kepala nak pilih makanan yang ada jual kat situ. ni 1st time c.z datang pasar malam kat Putrajaya ni..heheh...walaupun dah dekat 5 tahun study dekat sini baru je datang pasar malam putrajaya...ish3..apala nak jadi...he...tempat pertama yang c.z pergi ialah kedai air la..hehehhe...pening jugak kepala ni nak buat pilihan last-last ambik karot susu....pastu jalan punya jalan...cari nasi pulak...kat pasar malam ni jugak ada jual baju, kraftangan, buah, ikan. pendek kata semua benda ada. ingatkan kecik je...sekali pergi...nah hambik kau c.z..besar. giler...jalan punya jalan c.z terpandang nasi ayam kukus., RM4 harga die...air tadi RM 1.50 bungkus plastik kecil..jalan-jalan lagi sekali terpandang nasi lemak tapi buat tak tau je...sekali dalam hati, tak boleh jadi ni..kena beli ni..nasi lemak utara..ikan bilis..RM1 je..ok la kan...ramai jugak orang beli siap ada yang berbungkus sampai berpuluh-puluh sakan betul. kedai tu jugak jual nasi lemak ikan masin tapi waktu c.z pergi dah habis...tak pe minggu depan kita test nasi lemak ikan masin pulak. jalan lagi..perjalanan diteruskan...terpikir nak kena ada makanan ringan ni...buat makan time update blog...tup2 singgah kat kedai keropok lekor...4 biji RM1 jadi c.z ambikla RM2- 8 biji..sedap jugak rangup betul..dan besar..puas hatila jugak.

apa yang dapat c.z katakan ialah kedudukan kedai2 di pasar malam ni amatlah tersusun jadi senangla..kepada ibu-ibu yang nak cari ikan, ayam boleh ke bahagian tersebut..nak cari buah...leh ke bahagian buah..kepada muda mudi atau famili yang nak cair makanan ada bahagian makanan dan bahagian baju...

akhirnya hasrat c.z nak pergi ke pasar malam presint 2 berjaya jugak..heheheheh

Jom Baca entry ni
.:Mana Lebih Penting...Follower Ramai Atau Pembaca Setia:.


p/s: dah kenyang ni..boleh la blogwalking dengan suka hati....jangan tertidur susah lah..heheheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir