SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Petua Untuk Suami...dan Bakal Suami( Bahagian 01)

Petua Untuk Suami...dan Bakal Suami( Bahagian 01)

Bagi yang lelaki, baca, fahami dan lakukan sesuatu. Petua yang sangat berguna kepada para suami dan bakal suami.


Bagi si isteri pula sila print dan bagi husband baca.

Bahagian 1

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.

2. Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

3.Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

4. Berlatih untuk MENDENGAR dengan baik.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

6. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.

7. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.

8. Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.

9. Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.

10. Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.

11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

13. Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

14. Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

15. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.

16. Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan.Jangan menyalahkan isteri.

17. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.

18. Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

19. Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.

20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari. 

ingin blog anda C.z terjah,,,klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir