Pelakon Ashraf Muslim, 30, dan Noor Dayana  Lokman, 24, diraikan dengan penuh meriah seperti ‘kenduri kahwin’ dalam  majlis pertunangan di rumah Dayana di Villa Bestari, Kampung Sungai  Pusu, Gombak, 
di sini, Sabtu. 
  | 
| Ashraf  dan Dayana menunjukkan cincin tunang di jari manis masing-masing  selepas selamat bertunang di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak,  Sabtu.  | 
Majlis besar-besaran itu siap dengan 16 buah khemah yang dipasang di luar rumah bakal isterinya itu.
  | 
| Antara tetamu yang memenuhi rumah keluarga Dayana untuk melihat lebih dekat bakal pengantin. | 
 
Malah kehadiran Ashraf yang memakai sepasang baju Melayu putih dan  bersamping ungu mencuri tumpuan ramai dan dilihat seolah-olah hendak  bernikah lagaknya.
Bagaimanapun, pengacara 
Nasi Lemak Kopi ‘O’ dan 
Gadis Melayu  di TV9 itu menjelaskan, majlis tersebut diadakan sedemikian kerana  mereka turut melangsungkan majlis perasmian Pusat Rawatan Islam  Al-Hidayah di tempat dan hari yang sama.
“Pada mulanya kami tidak merancang untuk melakukan majlis perasmian  serentak dengan majlis pertunangan tetapi setelah memikirkan majlis ini  turut melibatkan saudara-mara, jadi saya rasa tidak salah untuk  dilakukan sekali,” ujarnya yang turut menjemput ramai ahli keluarga dan  sanak saudaranya.
  | 
| Ashraf dan Dayana merakamkan gambar kenangan dengan ibu dan bapa Dayana. | 
 
Ashraf merupakan anak sulung daripada lapan adik-beradik. Antara ahli  keluarganya yang hadir adalah bapanya dan ibu saudaranya, Fatimah Azil  yang menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Dayana. Ibu Ashraf  telah meninggal dunia pada enam tahun lalu akibat kanser payu dara.
Ashraf dan Dayana akan bernikah pada 30 Ogos tahun ini sempena Hari Raya Puasa di Mekah.
Beralih kepada kariernya sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat  Rawatan Islam Al-Hidayah, Ashraf mula mempelajari cara mengubati pesakit  menggunakan ayat-ayat al-Quran, mendidik dan memberikan kaunseling  kepada pesakit sejak dua tahun lalu.
  | 
| Ashraf  dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri)  melepaskan rama-rama sebagai tanda perasmian Pusat Rawatan Islam  Al-Hidayah. | 
 
“Selepas mengubati pesakit, saya menyerahkan segala-galanya kepada  Tuhan. Selain itu, saya turut membekalkan mereka dengan ayat-ayat  al-Quran dan doa untuk diamalkan sementara benar-benar sembuh.
“Apabila membaca al-Quran, diri kita akan lebih dekat dengan Tuhan.  Kadangkala, saya ada juga meminta bantuan daripada Dayana untuk mengenal  pasti sesuatu penyakit itu menggunakan kaedah perubatan moden kerana  dia sedang belajar dalam bidang perubatan,” katanya.
Pusat rawatan yang digelar sebagai klinik oleh Ashraf itu boleh  merawat penyakit seperti semua jenis kanser, SLE, kanser otak, AIDS atau  HIV, gangguan sihir, penyakit kanak-kanak, penyakit kesuburan,  diebetes, darah tinggi dan masalah akhlak.
  | 
| Inilah Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Kampung Sungai Pusu, Gombak. | 
 
Dalam perkembangan lain, Ashraf yang masih meneruskan kariernya dalam  bidang lakonan turut menganjurkan pakej umrah di bawah Pusat Rawatan  Islam Al-Hidayah dengan kerjasama ZHB Holidays Sdn Bhd.
Dia dijangka akan bertolak ke Mekah pada 17 Ogos tahun ini  bersama-sama bakal bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid dan ahli rombongan  umrah yang terhad kepada 40 orang sahaja.