SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Peringkat Cinta dan Kasih

Peringkat Cinta dan Kasih

Kasih ada berbagai-bagai peringkat
 ada yang sejati, ada yang tidak hakiki
 Cinta atau kasih ada yang mudah luntur, ada yang payah hendak luntur
 Ia adalah satu sifat ada yang berpanjangan, 
ada yang tercicir di dalam perjalanan hidup 
 Setiap kasih yang berlaku ada yang bersebab ada yang semulajadi
 Kasih ada yang asli dan ada yang aradhi
 Berlakunya kasih atau cinta seseorang terhadap atau kepada seseorang tidak sama Ada yang cinta dan kasih semulajadi

Yang langsung tidak ada hubungkait dengan benda dan kebendaan

Seperti kasih anak kepada ibu bapanya

Sekalipun ibu bapa itu miskin, cacat, tidak ada pangkat, buruk

Namun anaknya tetap cinta dan kasih kepada ibu bapanya 
 Kasih semulajadi ini payah luntur kecuali kalau ibu bapanya terlalu kejam 
 Ada kasih kerana kecantikan seseorang wanita, kerana tubuh badannya yang seksi Kasih ini ada hubungan dengan rangsangan nafsu
 Kalau sebab-sebab ghairahnya nafsu sudah hilang ........ Seperti sudah tua, atau kecantikan hilang disebabkan sakit, atau kemalangan yang mencacatkan badan

Kasih pun hilang, 
kecuali ada pada perempuan itu akhlak yang mulia Kasihnya masih tersangkut disebabkan akhlaknya
 Berlaku juga kasih atau cinta disebabkan ilmu atau kepandaian seseorang 
 Terjatuh hati dengan ilmunya, maka otomatik jatuh hati kepada orangnya
 Kasih ini juga mudah luntur Jika orang itu rosak akhlaknya, hilang kasihnya 
 Tidak kurang juga kasih seseorang pada seseorang kerana ternama dan ada glamour 
 Dia jatuh hati pada orang itu kerana terkenalnya orang itu
 Cinta yang begini juga mudah luntur 
 Jika orang itu sudah tidak terkenal mungkin kerana sakit, atau jatuh wibawanya Mungkin juga jatuh pangkatnya, luntur pula kasihnya pada orang itu
 Biasa juga berlaku cinta seseorang pada seseorang kerana hartanya Kekayaanlah membuatkan dia jatuh hati 
 Kasih yang seumpama ini mudah sahaja pudar 
 Jika hilang kekayaan, atau ditimpa miskin dan papa-kedana luntur pula kasihnya Ada orang jatuh hati pada seseorang kerana pangkat dan kedudukan yang tinggi di dalam sesuatu jawatan 
 Dia terpikat dengan kedudukannya Kasih yang semacam ini juga mudah luntur 
 Di waktu ada pangkat kasih berbunga, di waktu pangkat tidak ada kasih hilang entah ke mana 
 Di dalam pada itu ada orang terpaut dengan seseorang kerana kuat dan gagah Hatinya pun terpaut dengan orang itu
 Cinta yang begini juga palsu
 Apabila orang itu lumpuh atau lemah kerana penyakit 
 Kasih pun hilang, orang yang dikasihi dahulu tinggal seorang 
 Ramai orang di dunia ini jatuh hati dan cinta pada orang yang akhlaknya tinggi Seperti pemurah, juga kasih sayang, merendah diri, mesra, pemaaf, bertimbang rasa, bertolak ansur,

Berlemah lembut pakaiannya, mengutamakan orang budayanya dan lain-lain lagi sifat yang mulia
 Pada orang ini semua golongan jatuh hati dan cinta 
 Orang ramai mabuk dengannya, sekalipun orang yang jahat perangainya Walaupun dia seorang kafir

Kecuali orang yang hasad dengki sahaja
 Yang sebenarnya kasih yang hakiki yang kekal abadi 
 Cinta yang murni dan ikhlas yang tidak bersifat kebendaan 
 Kasihkan Allah Tuhan yang ada pada-Nya segala-galanya
 Kasih yang tidak akan berhadapan dengan cacat celanya 
 Sekalipun Tuhan tidak dapat dilihat oleh mata 
 Tapi dia terasa ada-Nya di dalam jiwa
 Cinta ini hanya diperolehi oleh orang yang bertaqwa
 Cinta yang luar biasa 
 Sesiapa yang memperolehinya tidak mampu lidah bercerita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir