SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Pendedahan Tips Blog untuk Newbie

Pendedahan Tips Blog untuk Newbie

menjadi blogger yang hebat dengan entry yang meletop sudah semestinya diimpikan oleh setiap blogger..terutamanya yang baru berkecimpung dalam dunia blog nih...tapi ada sesetengahnya seakan tiada panduan dan sering melalut...hehehe...se sekarang c.z nak dedahkan tips bagaimana menjadi blogger hebat kepada new blogger....


Tips 1:
Pastikan err pastikan blog anda ini adalah original ya. Janganlah ciplak entry dari mana-mana blog lain. Jangan sampai kena saman. Tahu tak menciplak hakmilik orang lain adalah salah di sisi undang-undang. Samada ciplak barang, jenama, rekacipta, karya atau apa-apa saja. Kalau nak ambil juga pastikan anda letak kredit pada sumber yang anda perolehi itu. Kalau hendak lebih proper, letakkan bersama link sumber maklumat anda itu.

Tips 2:
Latar belakang atau background blog. Pastikan emm..bukan pastikan. Tapi kalau boleh biarlah berwarna cerah. Maksud saya cerah, bukan lah seperti warna hijau katak pucuk pisang, warna kuning terang benderang. Warna-warna seperti ini sebenarnya akan mengganggu proses membaca entry anda. Kalau sudah habis baca, mata akan berpinau. Ini akan menyebabkan orang lain yang ingin masuk blog anda akan singgah sebentar kemudian keluar sebelum sempat menghabiskan entry anda. Contoh warna yang sesuai adalah putih dan warna-warna yang lembut. Biar sesedap mata memandang dan membaca.

Warna hitam kadang-kadang sesuai dijadikan background, tetapi harus pandai memilih warna tulisan. Agar mudah membaca dah pembaca tidak sesat di dalam kegelapan.

Tips 3:
Tulisan adalah penting. Janganlah memilih tulisan yang terlalu fancy ataupun terlalu bersimpang siur. Dan juga saiz tulisan haruslah saiz yang sesuai. Boleh dibaca dengan tenang. Tidak terlalu kecil sampai kena guna kanta pembesar dan tidak pula terlalu besar sampaikan hendak tercabut jantung bila tengok tulisan sebesar anak gajah terpapar di skrin pembaca anda nanti. Biar yang sedang-sedang saja okay.

Tips 4:
Hala tuju penulisan anda hendaklah jelas akan matlamatnya. Kalau hendak cerita pasal ayam Pak Seman hujung kampung tu jangan sampai terbabas sampai cerita bas sekolah warna kuning bawak laju terlanggar jamban Bedol pulak. Nanti orang keliru tajuk tak sama dengan jalan cerita. Engkau jangan, kalau pawagam di India hero dengan heroin tak ada happy ending pun pawagam kena bakar. Jangan sampai blog anda kena bakar sudah.

Tips 5:
Mesra pengguna. Bukan kena buka kaunter pertanyaan ke, kaunter pembayaran bil astro ke, bil elektrik & air ke apa. Tapi haruslah mesra iaitu senang di buka dan di selak page demi page. Jangan masukkan terlalu banyak item-item yang akan memberatkan page anda. Kadang-kadang ada blogger yang suka masukkan muzik dalam blog. Kalau muzik anda adalah light dan menyedapkan telinga mendengar ia adalah okay bagi saya. Tapi tiba-tiba telinga anda di serang dengan bunyi yang bingit macam nak tercabut wayar speaker, bukan kah ia mematikan selera pembaca anda. Itu belum lagi dengan lagu yang tersangkut-sangkut macam astro yang ada gangguan masa hujan saja.

Tips 6:
Teruskan menulis dengan konsisten. Ini adalah untuk memastikan blog anda sentiasa hidup dan dikunjungi. Kalau sekadar hendak menulis di blog dengan kadar update entry enam bulan sekali, tak payah lah. Dan juga janganlah menggunakan kata-kata yang kesat di dalam blog. Blog anda mencerminkan peribadi anda. Bahasa menunjukkan bangsa. Bahasa kita indah, janganlah memburukkan bahasa yang indah itu. Tak salah jika ingin mencampur adukkan bahasa seharian yang anda gunakan. Tetapi jangan sampai melampui batas dan di anggap menghina atau menjatuhkan maruah okay.

Tips 7:
Jika ingin bercerita mengenai hal peribadi anda sila dapatkan keizinan daripada suami dahulu. Jika yang sudah bersuami dan berkeluarga. Kerana apa yang kita sangka bersifat umum, tetapi ia adalah bersifat peribadi di kaca mata suami. Jangan juga mendedahkan terlalu banyak hal peribadi di dalam blog. Kerana dikhuatiri akan mengundang masalah jika anda ada musuh di dalam selimut ataupun pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas anda. Sila jangan dedahkan maklumat-maklumat sulit anda secara umum di blog anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir