SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Nurul AF2 Kahwin

Nurul AF2 Kahwin


 Penyanyi Nurullah Abdul Hamid (Nurul), 29, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) bakal bernikah pada 28 Mei ini dengan pensyarah, Mohd Munzil Muhamad, 28, di rumah Nurul di Petrajaya, Kuching.
Kedua-dua mempelai akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi sehari selepas itu di sebuah dewan di Kuching dengan konsep perkahwinan dalam taman bertemakan warna hitam-merah.
Sementara majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan berlangsung di De Palma Hotel Ampang, pada 3 Jun depan.
Nurul kelihatan manis di atas pelamin sewaktu majlis pertunangan pada 4 Februari lalu. -
“Kami bertunang pada 4 Februari tahun ini setelah berkenalan pada Julai tahun lalu. Pada mulanya, kami tidak terlalu rapat tetapi setelah kawan-kawan satukan kami, saya mula mengenali hati budinya.
                            
“Lama kelamaan, saya lihat hubungan kami berjalan dengan baik dan timbul keserasian. Pada malam tahun baru lalu, dia terus melamar saya untuk menjadi isterinya.
“Saya nampak dia memiliki kriteria lelaki yang saya suka seperti baik, bertanggungjawab, bersifat kebapaan, sopan dan tegas,” ujar Nurul kepada mStar Online.
Menurut Nurul, setakat ini mereka belum memikirkan tentang percutian bulan madu tetapi selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini, dia dan suaminya akan bertolak ke New Zealand untuk menemani suaminya menyambung pengajian.
“Seminggu selepas Hari Raya, kami dijangka berlepas ke New Zealand kerana mengikut suami yang menyambung pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) selama tiga tahun.
“Setakat ini saya belum terfikir untuk sama-sama sambung belajar dengan suami.
"Sekarang, saya masih lagi menyanyi dan memenuhi undangan majlis tetapi selepas mengikut suami mungkin saya tangguh dulu karier seni sepanjang berada di sana,” katanya yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).
Pengantin akan mengenakan pakaian rekaan Fitri AF2 untuk upacara akad nikah dengan tema warna krim.
Pada sebelah malam pula mempelai akan mengenakan pakaian tradisional orang Sarawak untuk acara ‘belulut’ (berinai).
Bagi majlis resepsi kedua-dua belah pihak, mereka akan menggayakan sepasang baju pengantin moden.
“Majlis kahwin ini ditanggung oleh kami sendiri tetapi saya sangat berterima kasih kepada Santubong Bridal yang akan menghias pelamin semasa majlis resepsi saya di Kuching dan Fitri selaku pereka fesyen untuk baju pengantin.
“Setakat ini persiapan perahwinan telah selesai sebanyak 80 peratus. Tetapi makin dekat dengan majlis yang tinggal sebulan lagi, hati makin berdebar dan bimbang.
"Biasalah, selagi majlis belum sempurna, pasti perasaan kita tidak menentu,” ujarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir