Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan  minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam  berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko  semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.
![]()  | 
| Pasni dah tak de lagi....makanan tak berkhasiat | 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan  perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan  menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.
Walaupun beliau menganggap nasi lemak mempunyai khasiatnya sendiri,  pengambilan makanan itu secara kerap dan berlebihan akan mendorong  seseorang itu mengalami obesiti.
"Peraturan melarang penjualan makanan tidak berkhasiat ini termasuk  air bikarbonat bukan sahaja melibatkan pengusaha kantin tetapi juga  penjaja lain di sekitar kawasan sekolah,'' katanya pada sidang akhbar  selepas Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan peringkat kebangsaan  ke-5 2011 di sini semalam.

