SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Misteri Sebuah Percintaan

Misteri Sebuah Percintaan

Sekiranya kamu dapati dirimu mencintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya mencintai seseorang, kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati seseorang.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu. Tapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas serta jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.


Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi dirimu. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan juga kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.


Sekiranya bercinta dengan seseorang yang begitu mencintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus

dipersalahkan...relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi. Kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatilah ia sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia.


Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu... 


Ingin Belog anda diterjah...setiap entry dikomen????klik sini
Sape Nak Chegu Zubir Terjah?????-Segmen 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir