SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Mati hidup Semula...

Mati hidup Semula...

Seorang lelaki berusia 65 tahun "hidup semula" selepas doktor-doktor di Hospital Seberang Jaya di sini mengesahkannya mati.
Fenomena luar biasa itu yang juga dikenali sebagai Sindrom Lazarus kini menjadi perbualan orang ramai.
Selepas dimaklumkan mengenai kematian lelaki yang bekerja sendiri itu, ahli-ahli keluarganya mula membuat persediaan pengebumian malah mendirikan satu khemah di depan rumahnya yang terletak di Jalan Tok Elong, Tanah Liat di Bukit Mertajam.
Ketika isteri dan anak lelakinya yang berusia 26 tahun sedang dalam perjalanan ke Balai Polis Seberang Perai untuk membuat laporan, mereka terkejut apabila seorang doktor memaklumkan bahawa lelaki "hidup semula".
Menceritakan peristiwa tersebut, anak lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Wei berkata, dia mengejarkan ayahnya ke hospital kira-kira pukul 11 pagi Khamis apabila dia berhenti bernafas di rumah.
"Doktor-doktor menjalankan resusitasi kardio-pulmonari (CPR) sebelum mengesahkannya meninggal dunia sejam kemudian. Kami pun ke balai polis untuk melaporkan kematian sebelum menerima panggilan daripada seorang doktor pada kira-kira 1.30 petang," katanya.
Wei memberitahu, mereka bergegas ke hospital dan melihat ayahnya dipindahkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan lelaki terbabit dan abangnya yang berusia 70 tahun bertengkar di rumah mereka kira-kira 10.30 pagi.
Lelaki itu kelihatannya mengalami kecederaan pada tangan kanan dan rebah sejurus tiba di rumah.
Seorang jurucakap hospital berkata, doktor-doktor yang menjalankan CPR untuk lebih sejam tetapi tiada respons.
"Doktor-doktor mengesahkan kematian lelaki itu selepas menunggu selama kira-kira dua jam," tambahnya.
"Kami terus memantaunya dan mendapati dia secara tiba-tiba bernafas selepas dua dan setengah jam. Kami kemudiannya memasang alat bantu pernafasan padanya," katanya.
Jurucakap hospital itu berkata Sindrom Lazarus amat jarang berlaku. Ia merujuk kepada pengembalian denyutan jantung secara spontan selepas usaha melakukan CPR gagal.
Sindrom tersebut mengambil nama Lazarus daripada cerita dalam kitab Bible mengenai Lazarus dihidupkan semula oleh Jesus.
Menurut laporan The Telegraph di Internet, hanya terdapat 38 kes dilaporkan di seluruh dunia sehingga Jun 2009.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir