SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Masih Di ICU

Masih Di ICU


 Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy masih lagi berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Pakar Damansara sejak Rabu lalu kerana menghidap asma.

Menurut ibunya, seniwati Azean Irdawaty, setakat ini, keadaan Benjy masih lagi sama seperti hari pertama dimasukkan ke unit rawatan tersebut dan masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator).
"Buat masa ini dari segi tekanan darah dan degupan jantung Benjy berada dalam keadaan stabil.
Azean Irdawaty
"Cuma paru-parunya masih lagi tidak boleh bekerja dengan sendiri dan terpaksa menggunakan ventilator sehingga minggu depan.
"Sebab itu doktor memberi suntikan Anestetik untuk tidurkannya agar dia dapat bernafas tanpa menggunakan paru-paru dan sebaliknya menggunakan alat bantuan pernafasan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Kata Azean lagi, dia berdoa agar anaknya itu cepat sembuh dantidak mahu ambil tahu mengenai kesihatannya.
"Saya tak mahu tahu tentang kesihatan saya dan tak ambil kisah pun. Saya hanya berserah kepada Allah S.W.T untuk menguruskan kesihatan saya ini.
"Cuma apa yang penting sekarang ini, saya mahu benjy cepat sembuh dan kembali bergembira bersama keluarga seperti sebelum ini.
"Saya teringat lagi ketika Benjy tercungap-cungap kerana sukar bernafas, rasa seperti biarlah nyawa saya diberikan kepadanya dan saya sanggup pergi dahulu," ujarnya.
Tambah Azean, Benjy pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali kerana masalah penyakit yang sama.
Benjy ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan dan Kawalan Khas) 1985 dan dibebaskan pada 17 Mac lalu.
Keadaan Benjy menyebabkan Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, menangguhkan perbicaraan kes dadahnya kepada Khamis.
Majistret Hafizza Sauni membenarkan penangguhan tersebut selepas peguam Amer Hamzah Arshad mengemukakan surat daripada hospital berkenaan yang mengatakan Benjy tidak sihat untuk menghadiri perbicaraan.
Pelakon yang kerap batuk semasa menghadiri perbicaraan pada Selasa, didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.14 gram di rumah beralamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Kepong Baru di sini pada pukul 3 petang, 11 Mac 2010.
Dia juga didakwa memiliki 0.24 gram dadah sama pada pukul 4 petang, hari yang sama di rumah nombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut, di sini.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir