Beberapa pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) bersama anggota polis semasa membuat pemeriksaan di sebuah hotel mewah di Batu Ferringhi dekat sini kira-kira pukul 4 pagi mendapati lelaki berusia 51 tahun dipercayai dari Kementerian Belia dan Sukan bersama temannya berumur 28 tahun di dalam salah sebuah bilik.
Kedua-dua mereka yang bertugas di kementerian sama kemudian dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan.
Pengarah JAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.