SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Apa itu Ipad?kelebihan Ia? dan Kekurangan?

Apa itu Ipad?kelebihan Ia? dan Kekurangan?

Dulu 1st time tengok satu iklan kat tv yang guna ipad..aku tertanya benda apa lah tu....stylo je..nipis dan banyak function...cam komputer mini...so aku gode2 la mr. G dan jumpa yang benda alah tu ialah Ipad...hehehhe

jom tengok apa tu Ipad..apa kelebihan dan kekurangan



Apple iPad adalah gajet terbaru yang dikeluarkan oleh Apple yang fungsi utamanya adalah sebagai e-Book Reader. Dengan iPad kita mudah untuk membaca e-book dimana sahaja tidak kira masa.Selain sebagai e-Book reader, iPad juga boleh berfungsi sebagai sebuah tablet pc, kerana kita boleh mendengar muzik, menonton filem dari Youtube dan memainkan fail Avi/mpeg, mengakses facebook, twitter dan melakukan surfing internet. Percaya atau tidak, itulah kelebihan iPad yang mula menular ke negara kita sekarang. Saya juga telah mula menggunakan iPad sejak 4 bulan yang lalu.

Ipad keluaran syarikat terkemuka Apple


kelebihan iPad?
  • Ciri-ciri yang menarik dengan skrin 9.7-inch LED, iPad boleh dibawa ke mana-mana sahaja dengan mudah kerana saiznya yang kecil, nipis dan ringan.
  • Ketahanan bateri yang cukup lama, iPad mampu bertahan selama 10 jam kadang-kadang lebih dari itu digunakan untuk melayari internet dan check email.
  • Jika anda peminat Facebook, Twiter, Maps, YouTube, dan email maka iPad boleh menjadi sesuatu yang menarik untuk anda miliki.
  • Pelbagai aplikasi atau “Apps” boleh didapati. Saya akan cuba berkongsi aplikasi yang menarik bersama anda semua.
Berikut adalah beberapa kekurangan pada iPad
  • Tiada “Multi Tasking” kita tidak boleh menjalankan perbagai aplikasi secara serentak,  walaupun kita boleh mengakses Facebook sambil mendengar muzik tetapi jika kamu ingin menggunakan twitter, facebook, skype, maka harus menggunakan satu persatu. (Ini adalah OS/3.2.2 yang datang bersama-sama iPad anda, saya baru update ke OS/4.2.1, “Multi Tasking” boleh digunakan)
  • iPad tidak Flash, penampilan Flash yang cantik yang boleh kita lihat melalui laptop atau netbook biasa saat kita mengakses facebook atau blog dan laman web lainnya, tidak boleh kita lihat melalui di iPad. (Anda boleh membeli Aplikasi Sky Fire dengan harga USD$4.99 yang merupakan Browser canggih yang mampu mengatasi kelemahan ini. Saya akan review “Apps” ini.)
  • Tiada kamera, sayang sekali kerana jika iPad dilengkapi kamera, tentu kita boleh  melakukan percakapan di Skype dengan lebih sempuna. (Anda juga boleh mengatasi kelemahan ini melalui pembelian camera extension. Harga boleh tahan mahal juga.)
Pendek kata, apa jua kelemahan iPad, ada sahaja sesuatu yang mampu mengatasinya.

p/s: teringin nak beli satu...hehehhe..tunggulah bila dah kejer bertahun-tahun dlu..hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir