SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Penjara sebagai Tempat Bersantai????Ada Sesiapa Nak Ikut????

Penjara sebagai Tempat Bersantai????Ada Sesiapa Nak Ikut????

Assalam semua
salam tengah malam dan kesejahteraan
sape nak lepak-lepak aka santai kat penjara????
angkat tangan pliz...
baik punya tempat nih
jom pergi ramai-ramai
ha...bukannya santai dekat penjara sebenar tetapi santai di 
Penjara Agro yang terletak di Dusun Dato' Murad, Ayer Keroh Melaka
tempat nih cam homestay la
best da....C.z pun teringin nak pi...

Penjara Dusun Dato’ Murad, Ayer Keroh, Melaka yang mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk korang semua beriadah, membuat penyelidikan dan mendekati hasil kerja banduan seperti penternakan, pertanian, perikanan, perkebunan serta kraftangan.

nak tau lebih lanjut...
baca bawah nih...mesti korang lebih faham dan memahami

SEBUT sahaja ‘penjara’, pastinya terbit stigma negatif yang dikaitkan dengan tempat banduan menjalani hukuman penjara atau sebat.
Dan pada kebiasaannya penjara ialah kawasan larangan kepada orang ramai yang tidak ada urusan rasmi atau berkenaan dengan saudara-mara serta kenalan yang ditahan.

Penjara tersebut unik kerana ia bukan sahaja merupakan penjara prabebas bahkan merupakan ‘penjara agro-pelancongan’ yang memberikan peluang kepada orang ramai untuk bersantai dalam persekitaran sebuah penjara.
Mereka dapat menyelami bagaimana kehidupan harian banduan yang diawasi oleh wardar penjara.
Pengarah Penjara PraBebas Dusun Dato’ Murad, Ayer Keroh, Melaka, Penolong Komisioner Penjara, Rosman Norman berkata, penjara tersebut yang ditubuhkan pada 1969 pada awalnya melatih banduan bawah umur atau juvenil.
Namun, katanya, sejak 2003, identiti penjara itu telah berubah apabila ia menjadi institusi yang menerima banduan prabebas dari penjara-penjara di wilayah selatan.
Banduan prabebas merujuk kepada banduan yang cuma menjalani hukuman penjara kurang daripada dua tahun.
“Banduan itu akan mengikuti 20 peratus aktiviti yang terdiri daripada bengkel manakala 80 peratus lagi melibatkan aktiviti perladangan dan pertanian,” katanya kepada Mingguan mStar baru-baru ini.
Setakat ini, 49 banduan prabebas menghuni penjara tersebut pada masa ini dan bilangan tersebut sentiasa berubah-ubah kerana banduannya menjalani baki hukuman yang singkat antara beberapa minggu hinggalah ke beberapa bulan.

Katanya, banduan tersebut menjalani aktiviti vokasional dan industri adalah sebagai kaedah pemulihan atau persediaan mereka berhadapan dengan masyarakat apabila keluar kelak.
Dan Rosman memberitahu, suasana yang tenang serta aktiviti harian dalam penjara agro itu amat ideal untuk para pelawat.
Katanya, rata-ratanya pelawat yang datang dari agensi kerajaan atau sekolah menjalankan kursus motivasi serta bengkel di situ.
“Mereka boleh mempelajari cara-cara penanaman daripada tenaga pengajar yang juga wardar penjara malah mereka boleh membeli hasil tanaman yang diusahakan oleh banduan,” katanya.
Baru-baru ini, Rosman memberitahu, sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkunjung ke situ untuk menjalankan kajian mengenai landskap dalam penjara tersebut.
Tambah beliau, mereka juga boleh bermain-main dengan haiwan ternakan yang jinak seperti kambing biri-biri, ayam, itik, rusa dan sebagainya.
Istimewanya lawatan ke penjara prabebas Dusun Dato’ Murad ialah para pelawat berpeluang untuk memilih haiwan ternakan untuk disembelih dan dipanggang semasa acara dijalankan di penjara.
Terdapat tempat memanggang daging serta pondok disediakan untuk tujuan tersebut. Semasa acara dijalankan, banduan akan dipastikan berada dalam tempat kurungan demi menjamin keselamatan para pelawat.
Sementara itu, di satu sudut berdekatan pintu pagar penjara tersebut, terdapat kolam yang dipelihara dengan ikan seperti patin, rohu, likor dan tilapia.
Menurut Rosman, orang ramai cuma perlu membayar RM20 sekali masuk untuk memancing. Ia dibuka dari Sabtu hingga Rabu setiap minggu, bermula dari 8 malam hingga 11.30 malam.
Bagi perancangan jangka masa panjang, Rosman memberitahu, pihaknya mempunyai perancangan untuk memajukan penjara agro tersebut dan akan melakukan penambahbaikan secara berperingkat.

“Pihak penjara bercadang untuk mewujudkan suasana inap desa di ladang dan sebagainya,” katanya. Dengan adanya kemudahan inap desa, imej penjara akan turut berubah.
Sepanjang 2010 seramai 1,745 orang pelawat mengunjungi penjara ini. Terdapat juga pelawat dari negara-negara lain seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Filipina dan Hong Kong setakat hanya 1 peratus sahaja.
Bayaran masuk adalah sangat berpatutan iaitu RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Bagi mereka yang ingin menaiki tren, bayaran RM1 akan dikenakan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir