SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Betul Ke Nih???If Betul Buat Malu Jew

Betul Ke Nih???If Betul Buat Malu Jew

Assalam semua..salam sejahtera
mesti korang tringin nak tahu kan kenapa tajuk kat atas tuh cmtuh???
tadi sajelah selak2 surat khbar online
maklumla kita kan dah maju
hek3
sekali terbaca la satu berita nih yang melibatkan guru
yang mana telah didakwa atas tuduhan mencabul
tak tau la apa nak jadi
dan kita pun xsure if dia salah atas tak

jom baca full news

AMPANG: Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun, bulan lalu.
Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azaraorni Abd Rahman. Mengikut pertuduhan, Ismazi didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada semua pelajar itu di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 25 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan jika disabit kesalahan.

Ketika pertuduhan dibacakan, isteri tertuduh menekup muka sambil ditenangkan seorang rakan perempuannya.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira keseriusan kes.


Bagaimanapun, peguam Amir Asree Meor Nordin yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan itu dikurangkan kepada RM800 untuk setiap pertuduhan kerana jumlah yang ditawarkan pendakwaan adalah tinggi memandangkan anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja.


“Tambahan pula, sejak dia ditangkap pada 25 Februari lalu, berita mengenainya tersebar sehingga menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar kerana tertuduh berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun.

“Rakan tertuduh yang rata-ratanya guru di sekolah sama turut hadir sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh,” katanya.

Azaraorni membenarkan tertuduh diikat jamin RM11,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan semula kes. Isteri tertuduh membayar wang jaminan itu. Harian Metro pada 28 Februari lalu melaporkan gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah diberkas polis selepas didakwa mencabul 11 pelajar perempuan. Difahamkan, guru lelaki itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir perhimpunan sekolah. Sumber berkata, dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli. 

P/S: susah jugak jadi cikgu disiplin nih kan...xnak la jadi cikgu disiplin...nak jadi nazir...hek3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir