SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Bagusla Camni...tapi Jangan Buat Tindakan Sambil Lewa

Bagusla Camni...tapi Jangan Buat Tindakan Sambil Lewa


 petikan akhbar menerusi Mstar...

JASIN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua calon guru yang telah mengambil kursus perguruan dan layak, akan ditempatkan di sekolah seluruh negara.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata tidak menjadi masalah kepada kementerian untuk menempatkan mereka yang layak dan bersedia untuk bertugas.

"Bila sudah terlatih dan sudah dikenal pasti, sudah ditemuduga dan layak maka akan ditempatkan oleh kementerian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah Mesra dan jamuan tengah hari bersama Pertubuhan Peladang dan Nelayan daerah Jasin di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya kedudukan calon guru tersebut berikutan keputusan kerajaan baru-baru ini yang menarik balik surat perberhentian perkhidmatan kira-kira 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang diberikan tahun lepas.
Muhyiddin ketika mengumumkan perkara itu Khamis lepas berkata keputusan mengekalkan GSTT adalah bagi memberi mereka peluang menjadi guru terlatih dengan mengikuti kursus lanjutan dan kursus dalam cuti.
Beliau berkata masih terdapat tempat untuk calon guru berkenaan kerana negara masih memerlukan ramai guru terlatih. - BERNAMA

P/s: tinggal beberapa bulan lagi...C.z nak bergelar seorang guru..semoga dipermudahkan segalanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir