SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Anwar Buat Laporan Polis

Anwar Buat Laporan Polis

As Salam..sekarang ni kat blog dan media massa gempar dengan kes video lucah penasihat parti pembangkang Dato' Sri Anwar Ibrahim...betul tak betul tak tahulah...itu antara dia dengan Allah la..sebelum ni..dengan kes liwat yang masih tak selesai lagi...tup2 timbul pula kes video lucah...entah la nothing words to say about this matter...kadang-kadang memang tak dapat dinafikan ada unsur khianat dan dengki dan mungkin juga ada pihak yang saja mereka cerita...dan manusia yang dengar tanpa asal usul terus percaya...

kita yang telah diberi akal dan otak yang bijaksana gunakanlah untuk membezakan yang benar dan bathil..jangan terus percaya if cukup bukti dan memang konpem dia terlibat...jatuhkan hukuman sebagai memberi pengajaran agar yang lain tak terlibat sama...sama seperti kes Ariel Peterpan yang dijatuhkan hukuman penjara akibat kes video lucah bersama dua artis Indonesia yang lain

berkaitan kes Anwar ini, dia telah membuat satu laporan polis...
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.
Beliau tiba di IPD Dang Wangi pada pukul 10.35 pagi dengan ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluar pada pukul 12.05 tengah hari.

Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan
bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.
Laporan polis itu dibuat berikutan dakwaan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini
yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya
sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin
pembangkang itu dan isterinya dalam masa seminggu ini.

"Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas
karektor serta reputasi saya dan keluarga saya," kata Anawar dalam laporan polis
itu.

p/s: bahaya jugak politik Malaysia ni...penuh dengan taktir kotor...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir