Peringatan Harap Baca:
Berhati-hati dengan panggilan palsu kad kredit atau debit kad
Perhatian semua, hati-hati bila mendapat panggilan telefon dari nombor 03-26988899 yang mendakwa dari Bank Rakyat atau mana2 Bank Tempatan. Mengatakan anda ada membuat transaksi kad kredit di luar negara sebanyak beberapa ribu. Kalau anda menidakkan dakwaan tersebut,
sipemanggil(lelaki cina) meminta anda terus membuat aduan ke Bank Negara Malaysia.
sipemanggil(lelaki cina) meminta anda terus membuat aduan ke Bank Negara Malaysia.
Lelaki cina ini sangat sopan dan nampak ingin benar menolong hingga memberi anda nombor telefon aduan BNM iaitu 03-27826822. Bila anda telefon ke nombor tersebut ia seakan anda betul2 menghubungi BNM. Panggilan akan disambut sistem 'VOICE MAIL' yang di copycat dari sistem voice mail sebenar talian BNM iaitu 1300 885 465.
Pada talian palsu 03-27826822 BNM, mereka akan MENIPU ANDA, dengan kononnya mendakwa pegawai BNM yang ingin membantu. Tetapi sebenarnya pihak yang sama dari nombor 03-26988899 panggilan awal tadi.
Lagi satu hati2 siapa yang memegang 'DEBIT KAD' Maybank popular sekarang nie yang gambar buah ceri merah tu. Mereka kononnya akan bacakan nombor 8 digit dihadapan kononnya mereka dari Maybank Kredit Kad Servis dan meminta kita pula menyambung membaca 8 digit terakhir. Sebenarnya 'DEBIT KAD' Maybank 8 digit hadapan semuanya adalah sama, yang membezakan kad2 debit ini adalah 8 digit terakhir.
Debit Kad lebih bahaya, kalau dier dapat full digit dgn automatik dier terus akan charge akaun kita bila transaksi berlaku. Berbeza dari Kad Kredit, kita di beri peluang utk menolak sebarang transaksi atau 'Dispute C.Credit Transaction' dalam tempoh 20 hari selepas kita menerima penyata bulanan.