SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » Pra-3112....

Pra-3112....

nota...hope its useful for d exam...


1.1 PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK

Terdapat banyak cara / kaedah dalam melibatkan keluarga dalam kelas dan sememangnya ianya memberi kebaikan yang besar melakukannya. Kajian mendapati bahawa dengan melibatkan ibu bapa akan membolehkan pencapaian murid meningkat berbanding sebaliknya ( Bencher, 1986; Schaeffer, 1972; Walberg, 1984). 
Apabila ibu bapa mengambil masa untuk melibatkan diri dalam kelas, ini tidak hanya sekadar bertindak sebagai memberi pengalaman mengajar kepada ibu bapa, menyumbangkan cadangan/idea untuk aktiviti di rumah sementara memberi pengetahuan kepada ibu bapa peluang menilai kanak-kanak dalam situasi dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas, tetapi ianya juga bernilai kepada kanak-kanak untuk mengetahui sama ada dirinya mempunyai kepentingan atau sebaliknya untuk ibu bapa terlibat dan meluangkan masa dalam kelas. Kekuatan rapo antara guru dan ibu bapa sebagai kumpulan untuk bekerjasama dalam kelas.
Ibu bapa juga akan lebih memahami peranan yang dimainkan oleh guru dalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan disamping akan memberi satu gambaran  positif kepada ibu bapa tentang sekolah dan juga staff ( Bencher, 1986 ). Kebanyakan guru bersedia melibatkan ibu bapa di awal tahun, suku tahun, atau bulan. Ianya didasarkan kepada keperluan ibu bapa dan jadual mereka . ianya dilakukan dengan menjemput sebagai sukarelawan untuk terlibat dalam proses pengajaran di prasekolah.
Hal ini didahului dengan mengadakan mesyuarat ibu bapa dalam jadual pada awal tahun untuk memberi kefahaman kepada ibu bapa tentang tanggungjawab dan juga peluang dalam kelas. Guru hendaklah menerangkan kepada ibu bapa betapa pentingnya dan betapa bernilainya penglibatan mereka, membantu ibu bapa memahami bahawa dengan kemahiran yang ada dapat memberi sumbangan kepada kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa yang bekerja, jika mereka mempunyai notis yang cukup, mereka mungkin mampu menyusun masa untuk terlibat sama dalam kelas. Harapan dan juga tanggungjawab perlulah difahami dengan jelas, tetapi Schikedanz ( 1977:332 ) menekankan bahawa apabila ibu bapa membantu dalam kelas, tugas yang diberikan kepada mereka tidak seharusnya dipandang sebagai satu perkara yang tidak penting. Dia menyatakan, “ walaupun guru mempunyai kepakaran yang lebih daripada ibu bapa dalam proses pengajaran, guru perlulah sedar bahawa dia bertanggungjawab untuk membantu ibu bapa juga memberi kepakaran yang sama”. Ibu bapa juga perlu melihat mereka sebagai peserta. Mereka boleh melibatkan diri dengan kanak-kanak dalam pelbagai aktiviti dan juga pengalaman. Sebagai contoh, Ibu bapa boleh berada di sudut manipulatif dan membantu mereka yakni kanak-kanak dengan bahan-bahan mainan. Ibu bapa juga boleh membacakan cerita kepada kanak-kanak, menyanyi bersama kanak-kanak, turut serta dalam permainan dengan kanak-kanak, makan bersama mereka, dan juga cara lain yang bijaksana untuk berkomunikasi dengan mereka. Penglibatan ibu bapa sebagai sukarelawan adalah amat berharga apabila mereka ( ibu bapa ) melibatkan diri dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi, sosial, fizikal, atau dalam hal berkaitan akademik
Antara lain tujuan penglibatan ibu bapa ialah memberikan pertolongan tambahan apabila diperlukan. Sebagai contoh, jamuan dan lawatan memerlukan pertolongan tambahan dan pembantu. Disamping ibu bapa juga mempunyai kemahiran yang mana boleh digunakan dalam salah satu unit pembelajaran. Sebagai contoh, dalam tema pekerjaan beruniform, ibu bapa yang bekerja sebagai doktor boleh hadir ke kelas dan menerangkan tentang kemahiran seorang doktor dan alatan-alatan yang boleh difahami oleh kanak-kanak. Guru perlulah mengetahui dan mengambil kira tentang hobi ibu bapa dan juga kemahiran yang boleh dikongsi dengan kanak-kanak.
Hymes ( 1974: 101-102 ) menyatakan
“ Parents help means individualization and enrichment. At home in every community are photographers, cabinetmakers, tennis players- people with special talents. And at home in every community are people with general talents of good sense, intelligence, reliability, judgement. These “experts” go under the name of mother and father. When we use these people in the classroom, all children get a better break”.
Melalui lawatan yakni apabila ibu bapa ke sekolah dan melibatkan diri, ianya tidak hanya sekadar ibu bapa mengajar dan juga berkongsi, tetapi mereka juga belajar untuk memahami anak-anak mereka, dan juga mendapat idea untuk digunakan di rumah seperti “finger-play”, aktiviti dan juga kemahiran.guru dan staff perlulah mengakui bahawa latar belakang, masa, kemahiran, dan keunikan ibu bapa. Oleh itu, haruslah melibatkan diri dengan kemahiran dan mengikut bidang keperluan yang diperlukan.  Sumbangan untuk ibu bapa melibatkan diri. Usaha untuk melibatkan ibu bapa amat perlu dan guru seharusnya sensitif tentang hal tersebut terhadap ibu bapa ( Seefeldt, 1985 ).

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir