FAKTA MENARIK LELAKI & WANITA!
refleksi BIG 2010-seminar dan benchmarking
Program Bina Insan Guru dah siap dijalankan...namun refleksi nyer masih tidak aku siapkan lagi...hehehehe....maklumla nama pun lelaki suka wat kejer last2 minit..petang tadi bermula jam 3 petang aku memulakan tugas membuat refleksi Program BIG Benchmarking....maghrib td bru siap....yelah petang2 idea xnak kua sgt..kih3....nasibla ada gak panduan yang aku ambik isi ckit2...bukan tiru k...ambik isi....bukan huraian sekali...dah setel Benchmarking sambung refleksi seminar pulak,....aduyai...jam menunjukkn 1030 malam di dinding bilik aku yang bernombor 22* akhirnya aku berjaya siapkan 2 refleksi dengan bantuan kertas kerja seminar yang aku perolehi dri. meja roomate aku...kih3...dia xsiap lagi...aku siap dulu....YES...kita mesti sentiasa mendahului...kejer xboleh terlalu last minit nnt mkin kelam kabut...esok Jumaat 01 oktober 2010 kena hantar la 2 refleksi yang dah siap ni...beserta 4 kping gambar....japgi nak pilih gmbar plak nk dprintkan...hehehehe....
antara keratan refleksi aku...
korang nilai la tahap aku membuat refleksi,..ok ke x????
Program Seminar ini dibahagikan kepada 2 slot yang utama dimana slot pertama Bertajuk “ Standard Guru Malaysia dan NKRA “ dan slot kedua pula bertajuk “ Ciri-Ciri Guru Berinovatif”. Slot pertama bermula pada jam 8.30 pagi yang mana disampaikan oleh Dr. Zaidah Hj. Mustafa, Pegawai Unit NKRA Kualiti Guru, BPG. Dalam slot pertama Dr. Zaidah menerangkan tentang apa yang dimaksudkan dengan Standard Guru Malaysia dan kaitannya dalam NKRA yang dijalankan oleh kerajaan. Dr. Zaidah turut berkongsi pengalaman yang dihadapi olehnya dalam mengejar cita-citanya, tentang pelajar-pelajarnya. Kebanyakan cerita yang disampaikan olehnya banyak memberikan motivasi dan juga peransang untuk guru pelatih menjadi guru yang terbaik tidak hanya “ Guru 25hb” sahaja.
Saya masih teringat salah satu ungkapan yang dikeluarkan oleh Dr. Zaidah “ Guru yang mendidik bukan sekadar menakluki hati pelajar,tetapi menakluki mindanya dan kita bukan mengajar bangsa sendiri, Malaysia tetapi mendidik individu. Sangat bermakna kata-kata tersebut. Ianya menyatakan bahawa sebagai guru tugas kita bukan hanya mengajar semata-mata tetapi menakluki minda dan hati agar segala yang diajarkan tersemat di hati tidak hanya diminda.
refleksi bencmarking,...
Menurut Tuan Haji Ismail, rutin pelajar bermula pada jam 5 pagi dimana pelajar akan dikejutkan dengan bunyi loceng. Seterusnya setelah selesai membersihkan diri, mereka akan solat subuh secara berjemaah. Pada jam 7 pagi,mereka akan berada di kelas masing-masing sehingga jam 1 petang. Pelajar akan makan tengahari dan meneruskan kelas pada jam 2 petang sehingga 5 petang. Selepas itu, mereka akan beriadah sehingga jam 6.30 petang. Mereka akan melakukan ulangkaji dan menyiapkan tugasan yang diberikan bermula selepas isyak sehingga jam 12 tengah malam dan seterusnya tidur. Pada saya, ianya suatu jadual yang agak padat, sekiranya saya berada di tempat pelajar-pelajar tersebut, mungkin pada awalnya agak sukar bagi saya menyesuaikan diri namun lama-kelamaan InsyaAllah saya mampu.
Tapi saya kagum dengan apa yang diceritakan oleh Tuan Haji Ismail kerana kejayaan memerlukan pengorbanan. Betullah kata pepatah “ Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya”. Setiap kejayaan memerlukan usaha dan pengorbanan. Tanpa pengorbanan segala kejayaan tidak mungkin tidak dapat dicapai.
setakat ni dulu coretan buat masa ini....salam sayang semua
Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir
-
ilem KL Zombie merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari novel Zombijaya karya Adib Zaini dan Woo Ming Jin. KL Zombie dibintangi oleh Ziz...
-
Baca perkongsian oleh iezo Shiharoshi mengenai bahaya bagi Nestum pada bayi bawah 6 bulan.. Baca selengkapnya di bawah:-
-
hanya beberapa baris kata namun ianya mampu membuatkan seseorang itu menangis....
-
Filem ini mengisahkan pasangan baru berkahwin dan hubungan mereka menjadi hambar apabila Faizal, suami yang kaya mula menjalinkan hubungan d...