SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

WAJIB BACA : Kaitan Tatabahasa dan Matematik Yang Anda Tidak Tahu

Pendedahan ini asalnya telah dikongsikan di Facebook Saudara Aliff Danial. Tertarik dengan isu ini, kami menghubungi beliau untuk mendapatkan keberan dan kongsikan semula di sini. Semoga pendedahan ini membantu anda terutama ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah, juga buat para guru dan warga pendidik dalam usaha melahirkan jenerasi yang lebih berdaya saing dan berjaya.
Bismillah.
Ada orang bertanya kepada saya, benarkah bahasa yang baik lagi elok sangat penting untuk menguasai matematik?
Jawabnya ialah benar, dan beginilah ceritanya. Pertamanya, matematik adalah raja bagi segala bahasa. Maka, apakah sifat bagi raja? Ia mesti bersemayam di atas tahktanya.
Apakah layak seorang raja duduk di atas kerusi yang senget? Tidak. Oleh yang demikian, sebagai meraikan kedudukan matematik sebagai raja bagi segala bahasa, maka segala titah perintah raja mestilah dijunjung dengan bahasa yang elok lagi sempurna.
menulis-karangan
Berdasarkan pengalaman saya mengajar matematik hampir sepuluh tahun, pelajar yang menggunakan bahasa yang elok lagi sempurna dalam penulisan mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam matematik berbanding dengan para pelajar yang melayan bahasa secara ala kadar.
Selama hampir sepuluh tahun mengajar matematik di universiti, saya sudah menyemak beribu-ribu kertas matematik, dan saya dapati pelajar-pelajar yang menggunakan ayat-ayat yang sempurna mendapat markah yang tinggi berbanding dengan pelajar yang menulis dengan bahasa ala kadar.
Jadi, ini mengingatkan saya kepada kata-kata seorang pensyarah matematik yang bernama Profesor Ikeda. Menurut beliau, kita mesti berusaha menjadi seorang profesional. Apakah maknanya menjadi seorang profesional? Perhatikan pada perkara-perkara yang dianggap kecil oleh para amatur. Antaranya ialah bahasa yang baik.
Jadi, tuan-tuan jikalau hendak tahu mengapa subjek matematik anak-anak lemah, semaklah buku karangan bahasa Melayu mereka. Bacalah karangan-karangan yang ditulis oleh mereka dan perbaikilah dari sana.
Sekian, semoga bermanfaat dan sebarlah ilmu ini ke seluruh alam.

Tips Berkesan Bagaimana Untuk Lega dan Kurangkan Kahak Pada Bayi

Nota ini ditulis oleh seorang ibu, Puan Azura Hishamudin. Kaedah percussion ini digunakan untuk melega dan mengurangkan kandungan kahak dalam dada bayi. Semoga anak anda lebih selesa selepas melakukan kaedah ini.
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Hari ini saya hendak berkongsi tips dan rawatan untuk selesema dan batuk berkahak bayi. Rawatan ini dinamakan rawatan percussion. Semoga dengan penulisan saya kali ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu di luar sana untuk merawat anak dengan cara semulajadi. Ok, let’s start…
1. Tuang beberapa titis minyak kayu putih ke dalam besen bersih. Saya gunakan minyak kayu putih seperti gambar pertama. Tuangkan air panas menggelegak ke dalam besen berisi minyak tadi.
2. Wapkan wajah anak anda dalam keadaan meniarap. Sila rujuk gambar kedua. Tujuannya untuk anak sedut wap tu. (Nota penting: Mohon jaga tangan anak anda, takut termasuk dalam air panas.)
3. Tepuk-tepuk belakang, kiri dan kanan anak. Jangan tepuk di tengah-tengah. Guna teknik cupping semasa menepuk. Sila rujuk gambar ketiga. (Nota: Masa ini anak akan meronta minta dilepaskan. Dia akan menjerit sekuat hati. Memang kesian tengok anak meronta dan menangis tetapi kita mahu keluarkan kahak dia. Ibu-ibu hati mesti kental ye.)
4. Selepas 5 hingga 10 minit, akan keluar lendir kahak dari hidung si manja. Rujuk gambar keempat, kelima dan keenam. Sampai berbelon-belon keluar daripada hidung Khayla. Itulah hasil kekentalan hati kita untuk keluarkan kahak daripada hidung dia.
5. Selepas siap, buang lendir kahak daripada hidung anak. Selalu selepas buang, saya akan sedut lebihan hingus dalam hidung Khayla. Selepas itu, sapukan minyak bawang putih di tapak kaki dan belakang badan anak. Semasa itu dia pernafasan dia pun sudah lega sedikit dan muka tersenyum. Upah anak dengan susu, kerapkan susu badan bagi ibu yg masih menyusu badan.
Selamat mencuba.
Nota: Tidak sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai G6PD, kerana kemungkinan kehadiran Metyl Salicylate dalam minyak angin atau minyak panas.
sumber : thevocket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir