Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM yang bersidang petang tadi membuat keputusan untuk mengenakan denda dengan nilai maksimum RM100,000 kepada PBNP di atas empat kesalahan - tahap keselamatan, menyebabkan perlawanan tertangguh, penyokong masuk ke trek sebelum perlawanan dan penyokong meluru ke penyokong JDT selepas pengumuman penundaan perlawanan.