Kalau baca seimbas lalu tajuk yang di’siarkan akhbar hari ini memang akan terfikir yang Emma Ma’embong telah merampas Pekin Ibrahim dari tangan Uqasha Senrose. Drama sungguh kalau ianya benar.
Setelah Zizan Razak mengakui yang hatinya sudah dimiliki oleh seorang wanita, banyak pihak yang membuat spekulasi mengenai identiti wanita bertuah itu. Terbaru, nama Emma Maembong dikaitkan kerana kehadirannya ke majlis hari jadi Zizan baru-baru ini.
Memandangkan Selasa lalu pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak mengaku sudah miliki teman istimewa, seorang aktres jelita iaitu Emma Maembong telah dikaitkan dalam perkara tersebut.
Spekulasi ini timbul apabila pelakon wanita itu dilihat hadir pada malam majlis sambutan ulangtahun Zizan pada Ahad lalu di Felda D’villa, Kuala Lumpur.