Suami kepada pelakon Diana Amir iaitu Mohd Habibbullah A Rahman telah melepaskan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah sejak enam bulan lalu.
Mohd Habibbullah berkata, keputusan itu dibuat bagi membantu isterinya menguruskan beberapa buah perniagaan termasuk jenama tudung milik Diana iaitu Diana Amir Exclusive.

