Juara program Mentor musim ketiga, Black mengimpikan sebuah keluarga besar memandangkan dia dan isteri, Naquia Yasirah atau Cira masing-masing datang daripada keluarga yang kecil.
“Saya ada tiga adik beradik, begitu juga isteri. Jadi saya mahu mempunyai keluarga yang besar dan anak yang ramai,” kata Black setelah selesai majlis akad nikahnya di Zebra Square, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

