SINOPSIS DRAMA SLOT AKASIA TV3 : LOVE YOU MR ARROGANT
Jodoh Zaara Amirah sudah tersurat dengan Zafriel Irham-anak orang kaya yang bongkak amat.Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry menantu pilihan ibunya,Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai?
Zaara terlanggar kereta Zafriel secara tidak sengaja.Zafriel meminta bayaran RM5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi hp kesayangannya pada Zafriel. Tempoh hutang adalah seminggu.Manala Zaara nak cekau duit sebanyak itu.
